Tuesday 14 June 2011

Kasihan, Bayi Hidung Di Dahi

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Dia berupaya menjadikan sesuatu kejadian itu pelbagai rupa dan sifat. Dengan setiap satu mempunyai rahsia dan hikmahnya yang tersendiri.
Di Jakarta, Indonesia, sepasang suami isteri keluarga miskin di Indonesia, Sugara, 30, dan Norhasimah, 27, merayu kepada masyarakat untuk membantu bayi mereka, Ahmad Fauzan Azimi yang berusia dua bulan kerana dilahirkan dengan hidung berada di dahi.

"Bayi ini normal cuma dia cacat lahir, bukan kerana kurang zat atau faktor perubatan lain," katanya kepada wartawan tempatan di rumah keluarga bayi itu, di Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan, dekat sini baru-baru ini.

Namun, ibu bayi itu bersyukur, anaknya yang lahir pada 9 Mei lalu di Hospital Daerah Damanhuri Barabai dengan berat 3.4 kilogram, sehingga kini belum pernah jatuh sakit teruk walaupun matanya sering terpejam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab