Saturday 9 July 2011

Anak "Baby" Berwajah Dua

Seekor anak babi ini dari utara China ini agak 'tamak' apabila makan dua kali ganda banyaknya berbanding adik-beradiknya yang lain kerana ia mempunyai dua hidung dan dua mulut.




Si pelahap kecil ini dilahirkan dengan kecacatan mempunyai dua mulut. Pemiliknya seorang petani Bai Xuejin berkata: 'Kami tahu ia sesuatu berbeza berbeza kerana kepalanya sungguh besar dan kami terpaksa membantu ibunya ketika melahirkan.

"Saya telah memelihara babi selama 15 tahun dan tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sebelumnya."

Anak babi ino tidak boleh menyusu dengan ibunya disebabkan oleh 'mukanya' yang unik, jadi Xuejin terpaksa mengangkatnya dengan tangan sehingga ia cukup matang untuk makan makanan pepejal.

"Kedua-dua mulutnya berfungsi dan ia makan dan minum melalui kedua-dua mulutnya, ini bermakna lebih banyak lagi makanan yang ia perlukan berbanding babi yang lain," tambahnya.

Xuejin yang berasal dari Zhangjia di wilayah Jilin merancang untuk membelanya daripada disembelih untuk menjadi makanan dan merncang untuk membelanya terus di ladang kerana ia menjadi tarikan orang ramai.

Katanya: "Dia terlalu istimewa untuk 'dihidang' di dalam pinggan."

2 comments:

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab