Monday 11 July 2011

Anjing Masih Hidup Walaupon Sudah Ditanam

Ini mungkin kes paling buruk yang dialami oleh binatang.



Walaupun kepada haiwan, kelakuan ini adalah sangat sadis.

Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir.


Tapi, dengan Kuasa Tuhan.. anjing itu tetap hidup. Anjing crossbreed mongrel yang diberi nama ‘Star’ oleh penyelamatnya itu ditemui di Kota Birzebbuga, Malta. Anjing tersebut ditemui oleh petugas yang pada masa itu sebenarnya sedang menyiasat kes lain.

Semasa sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang ditindih sebongkah kayu pohon besar.

Petugas itu sangat terkejut karena melihat seekor anjing ditanam dengan hanya hidung yang tersisa di permukaan pasir.
Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut,kejutan lainnya terjadi.
Keempat kaki ‘Star’ diikat sehingga tidak boleh bergerak sama sekali.
Kejutan belum berhenti hingga di situ. ‘Star’ ditembak sebanyak 40 kali.


Ajaibnya, pasukan doktor berjaya mengeluarkan 40 biji peluru yang bersarang di kepala ‘Star’ dalam pembedahan yang dibut Hospital Ta’ Qali.
‘Star’ berjaya diselamatkan.


Tetapi, insiden penganiayaan binatang ini telah memicu api kemarahan orang awam.Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang harus dikenakan hukuman lebih berat iaitu satu tahun penjara dan denda 46.500 euro.


Kumpulan pencinta binatang merancang untuk satu program ‘diam’ pada bulan depan sebagai bentuk protes diatas tindakan ‘menjijikan’ terhadap ‘Star’.
Selain itu kumpulan ini mendapat sokongan melalui facebook di mana jumlahnya sudah mencapai 7,000 orang pengikut.


Seramai lebih 1,000 orang telah menandatangani petition cyber untuk membantu menangkap penjenayah yang menyiksa ‘Star’. Mereka juga bersepakat menyumbang untuk membayar kos pembedahan ‘Star’.


Sebuah perhiasan bernilai 250 euro telah disiapkan sebagai hadiah bagi siapa yang berjaya menangkap orang yang menyiksa ‘Star’.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab