Saturday 9 July 2011

Bayi 3 Bulan Sudah Berpayudara Dan Keluar Haid

Doktor di Russia bingung dengan apa yang terjadi kepada seorang bayi perempuan. Bayi ini sudah menunjukkan tanda-tanda akil baligh pada usia seawal 3 bulan!

Milana yang sekarang berusia 7 bulan, mempunyai kitaran haid yang teratur, payu daranya sudah mula membentuk dan dia sudah tumbuh bulu di kemaluannya, menurut laporan DailyMail.

Menurut sebuah sumber di Hospital Kanak-kanak Rusia berkata, "Ini adalah kes pertama kami tentang bayi mencapai akil baligh."

"Setakat ini, pendaftaran paling awal untuk kes seperti ini di dunia adalah untuk seorang budak perempuan berusia lima tahun." Budak itu berasal dari selatan Rusia, dan menurut doktor tempatan bayi itu lahir dalam keadaan normal sepenuhnya.

Mereka pada awalnya mendakwa ia adalah kerana tumor yang menyebabkan kejadian aneh ini berlaku kepada bayi ini selepas tiga bulan di lahirkan.

Mereka mengesyorkan kemoterapi, tetapi ditolak oleh pasangan ibu bapa bayi ini, Anna dan Yevgeniy Gaspirovich yang berumur 30 tahun.

Diagnosis tumor masih tidak disahkan dan Olga Bogdanova, Naib Ketua Doktor Hospital Novokubanskaya Tengah, berkata:"Kami tidak dapat memahami punca baligh awal yang luar biasa itu. Kami masih bingung. Mungkin ianya diwarisi secara abnormal (tidak normal). "

Setelah bayi ini dipindahkan ke Moscow untuk rawatan, dia didapati memiliki hormon wanita lima kali lebih tinggi berbanding seorang wanita dewasa.

Doktor merancang untuk merawatnya dengan terapi yang akan berlanjutan sehingga belasan tahun dengan suntikan tahunan terutamanya untuk hormon bayi itu.

Namun, ayah Milana, seorang pemandu khuatir mereka tidak mampu dengan kos perubatan £32,000 (lebih RM150 ribu).

Orang pertama yang menyedari gejala itu ialah nenek Milana, Valentina, yang mengatakan, "Saya memberitahu anak saya bahawa bukan perkara yang normal untuk bayi mempunyai bulu di kemaluan"

1 comment:

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab