Saturday 9 July 2011

Bekalan Elektrik Terputus Kerana Rusa Bersayap




Northwestern Energy, sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan elektrik di kawasan itu, menyalahkan punca kepada masalah terputus bekalan elektrik selama 30 minit ialah kerana perbuatan seekor helang botak yang menjatuhkan mangsanya - ke kabel bekalan kuasa.

Lee Bridges yang tinggal di kawasan yang terjejas dengan gangguan elektrik, telah keluar untuk mengambil gambar helang yang telah hinggap di pohon berhampiran rumahnya.

"Ia tidak pernah datang ke sini dan apabila ia ada di atas pokok itu, saya fikir, saya mesti mengambil gambar jika tidak tiada siapa yang akan mempercayai saya," kata Bridge.

Apabila dia kembali ke rumahnya, dia mendapati bekalan elektrik sudah terputus dan pekerja-pekerja Northwestern Energysudah berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik di lorong yang berhampiran.

Beliau bertanya kepada salah seorang pekerja tersebut apa masalahnya dan mereka secara berseloroh menunjukkan ke arah salah satu kabel talian elektrik di atas kepalanya dan berkata: "Anda lihat? Ada rusa bersayap."

Helang botak telah menangkap seekor rusa tetapi gagal menghabiskan makanannya itu dan terlepas ketika ia terbang di atas kabel bekalan elektrik.

Pekerja yang membuang bangkai tersebut berkata beliau tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab