Sunday, 24 July 2011

Cara Melukis Yang Unik Dan Pelik



Pelukis ini bernama Stephen Murmer. Dia merupakan guru seni di sebuah sekolah di Virginia tetapi dia telah dipecat kerana pihak sekolah tidak setuju dengan caranya melukis, iaitu dengan menggunakan buntutnya. Stephen melukis abstrak dengan menggunakan buntutnyanya dan kadang-kadang malah menggunakan alat kelaminnya untuk membuat bentuk-bentuk tertentu.
Breast Painting


Wanita ini berasal dari Tasmania (Australia). Dia menggunakan dadanya untuk membuat suatu lukisan-lukisan abstrak. Dia mendapat ilham menggunakan teknik ini dari internet. Dia menandakan setiap lukisanya dengan menggunakan puting susunya agar karyanya tidak boleh dipalsukan.
Tongue Painting

Ani K merupakan guru dari India yang menggunakan lidahnya untuk melukis. Dia melakukanya kerana teruja melihat seorang pemuda melukis dengan menggunakan kaki.Walaupun dia menderita sakit pada leher dan badan kerana melakukanya, namun ia sangat puas, kerana caranya yang unik tersebut, dia dapat menciptakan lukisan yang sangat luar biasa indah.

Teeth Painting

Christopher Kuster adalah seniman yang melukis dengan menggunakan giginya. Chris sedang menjalani perawatan kerana dia pernah mengalami kemalangan ketika dia berenang pada tahun 1992. Kemalangan tersebut membuat bahagian kiri tubuhnya menjadi lumpuh. Namun berbangga, kerana walaupun dia lumpuh, dia boleh membuat lukisan yang sangat indah.
Eyeball Painting



Xiang Chen adalah seniman yang memiliki bakat yang agak luarbiasa. Seniman ini dapat melukis kaligrafi di bawah kelopak matanya. Dengan kelopak matanya dan sedikit campuran seni, maka jadilah suatu lukisan yang luar biasa indah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab