Saturday 9 July 2011

Dua Polis Digantung Tugas Kerana Terlibat Dalam Video Lucah


Dua pegawai polis trafik Los Angeles yang dikatakan terlibat di dalam pembikinan filem lucah ketika bertugas telah digantung tugas dari kerja mereka.

Seorang daripada pegawai polis ditunjukkan 'memukul' punggung dan membelai seorang pelakon wanita di dalam video tersebut, yang telah diposkan di sebuah laman web lucah, menurut laporan sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat KNBC.

Pelakon wanita itu turut menunjukkan perbuatan aksi lucah di dalam kenderaan California Department of Transportation.


Aksi dua pegawai Polis Trafik yanbg terlibat dalam rakaman video lucah tersebut.

Stesen televisyen turut melaporkan wanita itu turut 'memukul' pegawai polis kedua dan menunjukkan aksi-ksi lucah di dalam kereta beliau.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad lalu oleh Pengurus Interim California Department of Transportation Amir Sedadi, pekerja-pekerja telah digantung dari bertugas sementara menunggu satu siasatan, laman web berita Los Angeles ktla.com melaporkan.

Sedadi berkata Pengurus Penguatkuasa tempat letak kereta tahu mengenai tentang rakaman video tersebut tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Pengurus KNBC memuat turun video tersebut dan diberikan kepadi Department of Transportation untuk mengenal pasti pekerja-pekerja mereka.

Undang-undang negeri di California tidak membenarkan nama-nama pegawai-pegawai ini untuk didedahkan.

Ahli Dewan Los Angeles Bill Rosendahl berkata tindakan undang-undang akan diambil jika mana-mana kesalahan jenayah berlaku, ktla.com melaporkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab