Saturday 9 July 2011

Gadis Seksi Mati Kerana Hendak Besarkan Punggung


Inilah dia warga England, Claudia Aderotimi yang bercita-cita untuk menjadi bintang hip-hop tetapi telah meninggal dunia selepas membuat satu prosedur kosmetik haram untuk membesarkan punggungnya. Mahasiswa berusia 20 tahun ini telah terbang ke Philadelphia, AS, untuk mengambil suntikan silikon untuk menambah saiz punggungnya. Bagaimanapun Claudia yang berasal dari Hackney, London Timur, menderita sakit dada mengambil suntikan dan meninggal dunia di hospital. Polis AS sedang melakukan penyiasatan.

Dia inginkan suntikan itu demi menjadikannya lebih TERKENAL, menurut salah seorang sahabatnya. Claudia sangat ingin mengubah rupa bentuk dirinya dengan pembedahan kosmetik agar dia boleh muncul dalam klip video muzik. Rakan rapatnya juga mendedahkan keyakinan dirinya semakin berkurangan setelah ia digugurkan dari promo sebelum ini kerana "asetnya" terlalu kecil.Tetapi prosedur perubatan yang berharga £ 1,000 (lebih RM 4 ribu) yang dilakukan di sebuah hotel murah di Philadelphia, berakhir dengan bencana apabila Claudia menderita sakit dada yang teruk dan meninggal dunia.


Pencari bakat Tee Ali mula mengenali pelajar universiti ini dengan nama pentasnya Carmella London - ketika sedang membuat klip video. Katanya dia sering memakai seluar dengan pad khas untuk memberi kesan dia mempunyai punggung yang cantik.

Tee berkata: "Dia seorang penari dan pereka tari. Dia suka menari dan mempunyai keinginan untuk menjadi terkenal. Masalahnya dia tidak mempunyai punggung , dan dia hanya mahukan punggung (yang diingininya).

"Dia pernah pergi ke sebuah uji bakat untuk satu rakaman video bersama pad punggung palsu dan dia berjaya mendapat perhatian. Tetapi bila mereka mendapat tahu dia menipu, dia tidak dipanggil semula. Ia sungguh memalukan. Dia hanyalah korban terhadap impian gadi
s perempuan yang cuba untuk menjadi sempurna. Dia sangka jika dia mempunyai punggung yang lebih besar dia mungkin layak untuk berada dalam rakaman video yang lebih baik dan menjadi lebih terkenal."

Claudia mula melakukan pembedahan pembesaran punggung sejak November lalu. Dia bagaimanapun pergi sekali lagi dengan tiga sahabatnya untuk mengambil suntikan tambah, yang dilakukannya Isnin lalu. Menurut pihak polis, dia dan rakan-rakannya mendaftar masuk ke sebuah hotel murah di Philadelphia untuk melakukan prosedur haram itu.
Tetapi hampir 12 jam selepas menerima suntikan itu, dia mula mengadu sakit dada dan telah dikejarkan ke hospital , dan meninggal dunia pada 1.32am hari Selasa. Dia disyaki telah disuntik dengan silikon industri yang kebiasaannya digunakan sebagai sealant bukannya variasi yang lebih mahal, yang biasa digunakan untuk pembesaran payudara. Ia juga berkemungkinan telah tersilap suntikan ke dalam salur pembuluh darah.


Polis AS mencari "doktor" itu semalaman, yang telah memberikan suntikan di bilik 425 di hotel Hampton Inn, berhampiran lapangan terbang Philadelphia.

Beberapa laporan mendakwa suspek merupakan seorang "pondan" - lelaki yang hidup sebagai seorang perempuan. Detektif semalam telah menyoal seorang wanita yang dipercayai mengatur pertemuan di antara "doktor" itu dan Claudia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab