Monday 25 July 2011

Gila, Suami Tembak Isteri Semasa Parti Harijadi Anak



HOUSTON: Seorang lelaki yang menghadiri pesta hari lahir ke-11 anak lelakinya di gelanggang sukan kasut roda menembak mati lima orang termasuk isteri, selepas satu pertengkaran.

Dia kemudian menembak dirinya sendiri selepas kejadian di gelanggang kasut roda antarabangsa di Grand Prairie, Texas. Mangsa yang terbunuh terdiri daripada dewasa dan remaja.

 Polis berkata, kejadian itu berlaku jam 7 malam kelmarin selepas berlaku pertengkaran antara lelaki itu dengan isterinya. Jurucakap polis, John Brimmer berkata: “Ia berpunca akibat pertengkaran. Kemudian, lelaki itu tiba di parti hari jadi, mengacukan pistol lalu mula menembak.” - AP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab