Friday 8 July 2011

Google DELETE Lebih 11 Juta Blog

Baru-baru ini, Google telah menyahdayakan lebih 11 juta laman web termasuk blog dengan alasan laman-laman tersebut merupakan laman spam serta membiakkan malware dan pelbagai ware yang lain dan membahayakan blogosfera.

Sungguh mengejutkan kerana laman-laman yang terlibat merupakan laman yang berdaftar di bawah subdomain.co.cc. Seluruh subdomain .co.cc dihapuskan.


Adakah ini dikira sebagai strategi perniagaan? Jumlah laman yang berdaftar di bawah subdomain .co.cc melebihi laman yang berdaftar di bawah subdomain .co.uk. Subdomain .co.cc ini dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat Korea dan tidak diiktiraf sebagai domain level kedua (subdomain) yang sah lagi diabsahkan.

Domain .cc berdasarkan ( dan beralamat) nama Kepulauan Cocos (Keeling), satu wilayah kecil di bawah pentadbiran Australia di Lautan India.
Terdapat 11,383,736 domain di bawah subdomain .co.cc dengan pengguna berdaftar seramai 5,731,278 orang. Antara domain terbesar dunia, lebih besar dari .org dan .uk.

Google menggelarkan laman-laman di bawah subdomain .co.cc sebagai 'freehost', kerana pemiliknya menawarkan pendaftaran dan hosting secara percuma untuk subdomain tunggal dan 15000 subdomain pada harga USD 1000 secara pukal, lebih kurang USD00.07 bagi satu url. ( Takkanla jaki kot?) Memang pelik, sebab semua subdomain .co lain mengenakan bayaran standard.

Google menegaskan bahawa dengan menafikan lebih 11 juta laman-laman 'freehost' terbabit, mereka telah menjalankan hak dan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan pengguna internet lain.

Mengikut satu laporan oleh Anti-Phishing Working Group, sejumlah 4963 serangan phishing berasal dari domain co.cc iaitu dua kali ganda berbanding .co yang lain.

hahaha pakai yang original la .. huhuh hidup nih kene la berkorban .. takkan la nak free selalu kan .. ngeh3 .. kalau harapkan yang free pas tu kalau google  delete blog korang tu .. hurmm korang maki hamun .. sibuk kene delete blog korang tu .. ade ka patut ?? hurmmmmm fikirkan elok-elok ye 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab