Sunday 10 July 2011

Hasilkan Angsa Hati Berlemak Dengan Cara Yang Kejam


Foie Gras yang bermaksud Fat Liver (Hati berlemak) merupakan salah satu makanan mewah yang berasal dari Perancis. Yang tak baiknya, foie gras ini berasal daripada hati angsa yang dipaksa makan secara berlebihan supaya hati angsa tersebut menjadi lebih besar dan berlemak.
Lagi gambar…

Cuba tengok perbezaan dua hati angsa ini. Yang berwarna putih dan lebih besar ini merupakan hati angsa yang telah diberi makan berlebihan manakala yang sebelah kanan yang berwarna coklat dan bersaiz kecil itu hati angsa yang normal. Hati angsa tersebut menjadi putih dan besar kerana kandungan lemak yang terlalu banyak dek kerana disua jumlah makanan yang lebih dari sepatutnya.

Dek kerana menerima lebih makanan dari yang sepatutnya, angsa-angsa ini mengalami penyakit radang usus. Angsa-angsa ini juga tidak pernah cukup masa untuk tidur kerana hampir setiap masa tengkuk mereka akan dipegang untuk diberi makan.

Bagi yang tidak dapat bertahan, mati lah kesudahannya. Tengokla tu, mulut angsa ni masih dipenuhi dengan makanan. Kesian betul…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab