Monday 18 July 2011

Janda Tiger Woods Ada Kekasih Baru



LOS ANGELES: Dia dikecewa dan dimalukan apabila suaminya ketika itu, Tiger Woods, didedahkan memiliki 14 wanita simpanan dan terbabit dalam hubungan sulit yang tidak terkira.


Kini, Elin Nordegren sudah menemui cinta baru, dengan pelabur kaya-raya Amerika Syarikat. Bekas model warga Sweden berusia 31 tahun itu yang memperoleh AS$100 juta (RM300 juta) daripada Woods sebagai sebahagian daripada pampasan perceraian, kini berpacaran dengan Jamie Dingman, anak ahli perniagaan dan pelabur berjaya, Michael Dingman.

Jamie terlibat secara serius dengan kepentingan bapanya di China.


Satu sumber memberitahu akhbar New York Post: “Jamie sungguh gembira. Dia dan Elin salin menyanyangi satu sama lain. “Dia kacak dan tidak menonjol. Dia tidak pernah muncul di akhbar. Elin bernasib baik kerana Jamie lelaki baik.” Jamie sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan Puteri Madeleine dari Sweden dan pernah berpacaran dengan Bridget Moynahan, ibu anak Tom Brady. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab