Friday 8 July 2011

Jual Hantu Dalam Botol

WOODBURY menunjukkan salah satu botol kecil mengandungi hantu yang ditangkap.
PENDUDUK New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.

Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatan TradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup.

Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya pada tahun 1920-an serta sering mengganggu kehidupan keluarga wanita itu.

"Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini," katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab