Saturday 9 July 2011

Kemaluan Tersangkut Dalam Paip


Seorang lelaki yang alat kelaminnya tersangkut di dalam sebatang paip keluli telah dibebaskan oleh skuad bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong logam, selepas para doktor gagal membebaskan alat kelaminnya.

Pasukan perubatan daripada Hospital Besar Southampton bergelut untuk mengeluarkan zakar lelaki itu daripada paip keluli, kerana aliran darah telah menyebabkan ianya terereksi.

Akhirnya, mereka meminta bantuan Pasukan Penyelamat daripada Hampshire.

Pasukan bomba dan penyelamat itu datang dengan satu unit kelengkapan khas daripada Jalan Stesen Mary di Southampton dan tujuh orang ahli penyelamat bagi membantu, daripada apa yang diberitahu oleh seorang jurucakap ia adalah satu 'operasi halus'.

Para pasukan penyelamat itu menggunakan pemotong logam industri berukuran empat setengah inci untuk memotong paip di sekeliling zakar lelaki yang sudah dibius.

Zakar itu akhirnya berjaya 'dibebaskan' dengan keadaan lebam dan bengkak, tetapi tidak mengalami kecederaan yang lain.

Lelaki yang berusia sekitar 40 tahun itu bagaimanapun tidak menjelaskan kepada kakitangan hospital bagaimana zakarnya boleh tersangkut pada paip itu. Dia hanya berkata kejadian itu 'cukup membimbangkan dan mencemaskan'.

Jurucakap Perkhidmatan Pasukan Penyelamat berkata: 'Ia satu operasi yang sangat halus, memerlukan satu kawalan yang tepat dan anak buah saya hanya risaukan jika ia menjadi terlalu panas semasa operasi keratan sedang dilakukan.

'Ia sudah pastinya satu panggilan yang luar biasa, dan saya pasti lelaki itu tidak akan mengulangi peristiwa itu lagi.'

Pengurus Greg Garrett daripada balai bomba Redbridge memberitahu akhbar harian Southampton, Echo: 'Saya pernah mengalami kejadian seperti ini tiga atau empat kali sepanjang 17 tahun saya berkhidmat sebagai ahli bomba. Ia bukannya kejadian yang kerap.'

Sumber : www.metro.co.uk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab