Saturday 9 July 2011

Kepala Tentera AS Nyaris Meletup

Peluru yang mempunyai bahan peledak 2oz.

Seorang tentera AS menjalani pembedahan otak selama lima jam bagi membuang peluru peledak- yang mana mungkin boleh meletupkan otaknya pada bila-bila masa.

Ia bagaikan menjadi bom hidup setelah berlakunya satu letupan bom.
Semua kakitangan hospital yang tidak berkaitan telah dipindahkan apabila penelitian mendapat apa yang pada awalnya disangkakan hanya serpihan bom, rupa-rupanya sebutir peluru peledak berdiameter 2½in.


Peluru ... bersaiz 2½in yang dikeluarkan.

Peluru dari puak Taliban ini mengandungi 2oz bahan letupan. Ianya cukup berkuasa untuk membunuh keseluruhan pasukan pembedahan itu. Tetapi pasukan medikal AS itu berjaya dalam mengeluarkan peluru itu ia semasa pembedahan di pangkalan Bagram, Afghanistan.

Individu tentera AS yang dirahsiakan - seorang ahli Afghan National Army - mengalami kecederaan otak serius tetapi pulih semula malam tadi.

Sgt William Carter, seorang daripada ahli pasukan pembedahan, mengakui: "Ia adalah satu usaha tertumpu sebenar pada semua orang bagi memastikan bahawa kami semuanya selamat - dan pesakit juga selamat."

Pakar radiologi Lt Col Anthony Terreri, yang melakukan imbasan dan menemui peluru itu, berkata: "Pada mulanya saya sangka ia hanyalah lubang luka yang besar disebabkan serpihan logam. Kemudian saya dapati ia bukan sekadar serpihan logam."

Hospital tentera segera mengosongkan kawasan dan segera memanggil pakar pemusnah bom.

Selepas pembedahan, peluru itu telah dibawa untuk dihapuskan.

Sumber : www.thesun.co.uk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab