Tuesday 19 July 2011

Ladang Jagung Dijadikan Laluan Teka Teki Sempena Filem Harry Potter

Seorang petani bernama Tom Pearcy yang juga merupakan penggemar filem Harry Potter memutuskan untuk membina laluan teka teki di ladang jagungnya yang bertemakan Harry Potter sempena pelancaran filem tu yang terakhir.

Dia membina dua gambar Harry Potter sepanjang 50 meter setiap satu di ladang jagungnya di Elvington, walaupun nampak lebih kurang sama tetapi terdapat perbezaan yang terdapat pada dua gambar tersebut yang boleh dicari oleh pelawat.

Percaya atau tidak, laluan pada gambar tersebut mencecah sehingga 10 km untuk pelawat terokai sendiri sehingga ke pintu keluar. Dia sedang menunggu lawatan oleh Guinness Book of Records sebelum bercadang untuk membukanya kepada orang ramai sehingga 4 September nanti. Apa yang menarik adalah tiada bayaran dikenakan kepada pelawat, he3 kalau dekat boleh la singgah.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab