Saturday 16 July 2011

Lelaki Cincang Budak 8 Tahun


NEW YORK - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun yang sesat semasa berjalan pulang berseorangan di kawasan kejiranan Yahudi di New York, kelmarin, dibunuh dan dicincang seorang lelaki selepas kanak-kanak itu bertanya arah jalan kepada suspek. 

Polis menemui bahagian kaki Leiby Kletzy yang berlumuran darah di dalam peti sejuk di rumah suspek manakala anggota badan lain ditemui di dalam tong sampah di kawasan kejiranan berdekatan. 

Penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak malang itu mengejutkan komuniti kecil Yahudi ortodoks di Brooklyn kerana kawasan itu dianggap paling selamat dan kerana suspek juga adalah seorang penganut Yahudi ortodoks. 

Suspek, Levi Aron, 35, mengaku membunuh Kletzy dengan melemaskan mangsa menggunakan tuala sebelum mencincang badannya selepas panik apabila mengetahui orang ramai sedang mencari kanak-kanak itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab