Saturday 9 July 2011

Mati Sakit Jantung Apabila Dirinya Siap Untuk Dikebumikan

KAZAN, RUSIA - Seorang wanita mati akibat serangan jantung kerana selepas terbangun dan mendapati dirinya telah diisytiharkan mati - dan sedang siap sedia untuk dikebumikan.

Ketika salah seorang anggota keluarganya yang sedang berkabung membuka keranda, wanita yang sudah disahkan mati itu tiba-tiba bangun dan mula menjerit apabila melihat keadaan dirinya.

Doktor telah tersilap apabila mengesahkan kematian Fagilyu Mukhametzyanov, 49, tetapi ia benar-benar mati kemudiannya selepas mendengar bacaan doa ahli keluarganya yang berkabung supaya rohnya selamat ke syurga.


Fagilyu Mukhametzyanov bersama suaminya Fagili.


Fagili Mukhametzyanov, 51, suami kepada wanita malang itu diberitahu isterinya telah meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dia pengsa di rumah dan mengalami sakit dada.

Mukhametzyanov berkata: "Matanya berkelip-kelid dan kami segera bergegas kembali ke hospital, tetapi dia hanya bertahan untuk hidup selama 12 minit di Unit Rawatan Rapi sebelum dia mati sekali lagi.


Saya amat marah dan mahukanb jawapan. Dia tidak mati ketika mereka berkata (dia sudah mati) dan mereka boleh menyelamatkannya."

Jurucakap Hospital Minsalih Sahapov berkata: "Kami akan menjalankan siasatan."

Mayat Mukhametzyanov dibungkus di dalam permaidani selepas dia meninggal dunia untuk kali 'kedua' di Kazan, Rusia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab