Saturday 9 July 2011

Pemuda Dikurung Dalam Kotak 2 Bulan Kerana Mencuri Ayam


Seorang ayah telah mengunci anak lelakinya yang berumur 21 tahun dalam sebuah kotak kayu yang sempit — sebagai hukuman kerana mencuri ayam.

Di tingkat bawah di rumahnya di Santa Cruz, Bolivia, Johan Knelsen tinggal di dalam sangkar seakan almari fail selama lapan minggu sebelum polis membebaskannya.

David Knelsen, seorang ayah berasal dari Kanada, memberitahu pihak berkuasa bahawa anak lelakinya mempunyai masalah mental dan hendak menghukum anaknya kerana mencuri tiga ekor ayam.

Dia mengurung anak lelakinya di dalam sebuah kotak kayu selama lapan minggu kerana mencuri ayam-ayam

Media tempatan turut melaporkan Johan termasuk di dalam senarai kesalahan bapanya kerana menggunakan sebuah telefon.

Keluarga ini bermazhab Mennonite, pengikut yang taat dengan kitab Bible dan mengelakkan dari penggunaan sebarang teknologi.

Ketika Johan dikeluarkan dari kotak, pihak polis menemui ia duduk bersesak bersama bantal-bantal dan botol-botol berisi air kencing.


Melihat keluar . Johan hanya mempunyai satu tingkap kecil

Johan berkata: "Saya berada di luar rumah, dan apabila saya balik ke rumah mereka marah dengan saya. Ada di antara mereka mengikat dan meletakkan saya di sini sejak lapan minggu lalu.

"Saya makan dan tidur di sini. Semuanya di sini. Saya makan dan minum air dan mencuci di sini."

Peguam pendakwa yang mengendali kes ini berkata tindakan mengunci seseorang seperti itu satu adalah satu kesalahan undang-undang.


Sempit. Kotak ini kelihatan seperti satu almari fail di tingkat bawah rumah


Ever Merida menambah: "Tidak dibenarkan sama sekali seorang budak lelaki secara fizikal dan psikologi diseksa di dalam sebuah penjara. Ia merupakan pencabulan undang-undang Bolivia."

Di bawah arahan polis, bapa Johan membuka kotak dan mengeluarkan pemuda malang itu.


Kredit : TheSun UK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab