Saturday 9 July 2011

Pencuri Tersangkut Di tingkap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE4Nr0GDSxn_JlRzfY4immFYwSoXX6rIEuK4G2E7dqSDyR-QTMIB1ujeSYUh-_aa4XwtmnK3kbMFhh2BA9JjRoNR8NjFKXeZzPC9RZi_dq7o8ygJM38O2d82F432QWdfOZl1_usGrWaho0/s1600/1.jpg

Ahli pemadam kebakaran terpaksa membuang bingkai tingkap sebuah rumah di timur London untuk menyelamat seorang lelaki, yang terperangkap selama enam jam.

Polis telah dipanggil ke rumah itu di Tomlins Grove, Bow, selepas penyewa mengesan kepala seorang lelaki itu dan anggota badannya terjulur keluar tingkap.

Kakinya masih terjulur di luar, dan kelihatan punggung lelaki itu yang telah menghalangnya daripada berjaya melepasi tingkap itu.

Jurucakap Scotland Yard berkata: 'Pada jam 7.30am kami menerima panggilan untuk laporan seorang lelaki didapati tersangkut pada sebuah tingkap di tingkat bawah sebuah rumah di Tomlins Grove, Bow. Seorang penghuni yang turunke tingkat bawah telah menjumpai lelaki tersebut. Dia tersangkut sebahagian badan di dalam rumah dan separuh lagi terkeluar.

'Lelaki itu akhirnya dibebaskan oleh Pasukan Bomba London yang telah membuang bingkai tingkap tersebut. Lelaki berusia 36 tahun, tidak cedera dan telah ditangkap atas tuduhan hendak melakukan kecurian.'

Insiden itu sedang disiasat oleh polis di Bethnal Green.

Sumber : www.metro.co.uk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab