Saturday 9 July 2011

Remaja 19 Tahun Direjam Sehingga Mati Kerana Sertai Ratu Cantik

3

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun telah direjam sehingga mati di sebuah perkampungan di Wilayah Crimea Ukraine.

Katya Koren yang tinggal di wilayah Crimea di Ukraine. Mayat perempuan tersebut ditemui ditanam di kawasan pokok-pokok di Crimea.

Menurut laporan Daily Mail, remaja perempuan tersebut telah direjam oleh 3 remaja muslim sehingga mati kerana menyertai pertandingan ratu cantik. Mereka menyatakan telah bertindak berlandaskan undang-undang Syariah, menurut polis yang menyiasat kes tersebut.Salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang merejam Katya Koren ialah Bihal Gaziev 16 tahun yang ditahan polis selepas memberitahu remaja perempuan itu telah melanggar undang-undang Syariah.

Menurut rakan Katya, dia memang amat meminati fesyen dan gemar berpakaian cantik, Katya mendapat tempat ke 7 dalam pertandingan ratu cantik tersebut. Mayat Katya dijumpai di dalam hutan oleh pihak polis setelah dilaporkan hilang selama seminggu.



Gaziev memberitahu pihak polis,dia tidak menyesal di atas tindakannya merejam Katya Koren kerana dia telah melanggar undang-undang Islam.

1 comment:

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab