Saturday 9 July 2011

Remaja Jual Anak Kecil Di eBay


MICHIGAN : Seorang remaja perempuan menjual seorang anak kecil yang berusia dua tahun dan memiliki hubungan kekeluargaan dengannya kepada seorang lelaki melalui laman web eBay. The Holland Sentinel melaporkan pihak polis berjaya mengesan tempat tinggal wanita berusia 19 tahun itu di Ottawa County.

Sheriff Ottawa County, Leftenan Mark Bennett, berkata pihak polis menerima panggilan telefon mengenai penjualan seorang anak kecil di internet pada Isnin (16/5/2011). Penjualan anak kecil tersebut dipercayai dari tempat yang jauh.

Bennett mengatakan salah seorang pembeli pada awalnya menyangkakan penjualan bayi itu adalah palsu. Namun, tawaran pembelian lelaki tersebut diterima. Pembeli itu kemudiannya segera menelefon polis.

Hasil petunjuk dari pembeli, polis berjaya menemui remaja wanita tersebut. Menurut Bennett, remaja wanita tersebut diduga terpaksa menjual anak kecil itu kerana sedang memerlukan wang. Sementara itu, anak kecil tersebut khabarnya ketika ini sudah diambil ibunya di Kent County.

Namun pihak eBay sendiri belum memberi sebarang keterangan mengenai kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab