Sunday 17 July 2011

Safiq, Safee Jadi Perhatian Liverpool


Pemain Liverpool berjalan keluar padang sambil bertepuk tangan bagi menghargai peminat yang menyaksikan perlawanan dengan skuad Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.



KUALA LUMPUR – Ketua pasukan negara, Safiq Rahim dan penyerang gantian, Safee Sali mendapat pujian tinggi daripada penolong pengurus Liverpool, Steve Clarke hasil tiga jaringan mereka pada minit ke-42, ke-82 dan ke-86 perlawanan persahabatan sempena Siri Jelajah Asia kelab England itu, semalam.

“Sepakan bebas yang hebat oleh No. 8 (Safiq) dan No. 10 (Safee), dia seorang penyerang yang hebat,” ulas Clarke pada sidang akhbar selepas perlawanan yang menyebelahi anak buahnya menang 6-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malah pemangku tugas Kenny Dalglish yang terpaksa pulang ke England atas sebab kontrak Stewart Downing yang baru dibeli, menegaskan: “Malaysia mempunyai sebuah pasukan yang patut anda (penyokong) banggakan.

“Jika dinilai keseluruhannya, pasukan lawan memang mengagumkan saya tetapi jika anda mahu namakan individu yang menjaringkan gol itulah gerangannya,” katanya.

Katanya, anak buah Datuk K. Rajagobal menunjukkan tentangan yang bagus dan gagah terhadap ‘Jamie Carragher dan Rakan-rakan’ sehingga beroleh tiga gol dan nyaris mengejutkan lawan dan menyamakan kedudukan ketika 3-4.
“Babak kedua rupa-rupanya lebih sukar daripada yang disangka dan berbeza daripada babak terdahulu. Jika lawan tidak hebat, mana mungkin mereka dapat jaringkan tiga gol.

“Namun saya tidak salahkan barisan belakang atau penjaga gol kami,” katanya yang turut mengalu-alukan peluang pada masa hadapan untuk menerajui Liverpool pada satu hari nanti.

Sementara itu kata pemain The Reds, Charlie Adam berkata, Malaysia begitu sukar dijinakkan rakan sepasukannya, biarpun mereka masih mencipta pelbagai peluang jaringan dan memiliki kelebihan fizikal serta penguasaan bola.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab