Thursday 21 July 2011

Siaran Langsung Malaysia Vs Chelsea [Stream Update]


"The Blues"(Chelsea) akan mengakhiri perlawanan persahabatan diantara Malaysia dengan kelab EPL dalam siri jelajah Asia 2011.Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 8:45 21/07/2011 malam ini di Stadium Nasional,Bukit Jalil.Chelsea juga akan menguji barisan skuad Olimpik Malaysia bimbingan jurulatih Ong Kim Swee.

Berikut merupakan petikan akhbar mengenai perlawanan ini
SAMA seperti pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas, jurulatih skuad Pilihan Malaysia, Ong Kim Swee juga mahu menggunakan dua skuad berbeza bagi aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Sebagai percaturan, Kim Swee akan menampilkan kesebelasan pemain senior pada babak pertama sebelum memasukkan barisan muda daripada skuad Olimpik dalam baki 45 minit perlawanan.

“Mengikut trend dua perlawanan skuad kebangsaan menentang Arsenal dan Liverpool sebelum ini, pasukan lawan telah meletakkan barisan kedua mereka pada babak pertama dan barisan utama hanya dimasukkan selepas rehat.

“Jadi saya harap Chelsea turut menggunakan pendekatan yang sama dan kita akan mempertaruhkan barisan pemain senior pada babak pertama itu nanti,” kata Kim Swee pada sesi latihan skuad Pilihan Malaysia di Padang MSN, Bukit Jalil semalam.

Bagi yang tidak dapat menyaksikan perlawanan Malaysia Vs Chelsea di Stadium Bukit Jalil,Admin akan sediakan Link atau Video streaming,sama seperti perlawanan Malaysia menentang Arsenal dan Liverpool sebelum ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab