Friday 22 July 2011

Wanita Sanggup Bunuh Dan Kerat Mayat Anaknya Berusia 4 Tahun


LONDON: Seorang wanita ditahan malam tadi selepas anak perempuannya yang berusia empat tahun mati dibunuh dan mayatnya dikerat.

Mayat kanak-kanak yang terburai isi perut itu ditemui dengan jantung dan organ lain tubuhnya dipotong serta diletakkan di bilik berbeza dalam flet dihuni keluarganya.

Wanita beragama Islam, Shayma Bharuchi, 35, didapati sedang duduk di kerusi goyang di sebelah mayat anaknya, Nusayba di dapur ketika suaminya pulang.Dia sedang mendengar bacaan ayat al-Quran yang dimainkan di alat MP3 melalui fon kepala.

Keadaan mengerikan itu ditemui bapa Nusayba, Jerome Negney, 36 ketika sampai di flet keluarga itu di Clapton di London Timur, tengah hari kelmarin.Shayma dikatakan menikam anaknya dan kemudian mengerat tubuh kanak-kanak itu mengikut upacara mandi darah.

Negney yang dipercayai seorang mualaf membuat panggilan kecemasan sebelum ahli paramedik mengesahkan Nusayba sudah mati di tempat kejadian. Shayma yang turut mempunyai dua lagi anak berusia 14 dan 16 tahun dan tiada di rumah ketika kejadian berlaku kemudian ditahan.

Doktor yang memeriksa Shayma mengesahkan dia tidak sihat untuk disoal siasat polis dan dikelaskan di bawah Akta Kesihatan Mental. Jiran tetangga semalam memberitahu mereka menyaksikan Shayma menangis ketika dibawa dua anggota polis dari flet tempat tinggalnya.
 Seorang wanita berusia 30-an berkata: “Shayma sentiasa memakai hijab hitam yang hanya menampakkan matanya. Saya juga sering mendengar jeritan dia dan suaminya bertengkar dari flet itu. Ada kala pertengkaran mereka terdengar sangat serius.” Polis masih melakukan pemantauan di luar flet itu semalam ketika pegawai khas penderaan kanak-kanak memulakan siasatan.Shayma pula masih lagi ditahan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab