Friday 8 July 2011

Wilayah Atas Awan Umpama "Syurga"

Pada tahun 1983 - 84 sy pernah ke sebelah utara Pakistan SWAT, Gilgit ( tempat bersalji dan sentiasa sejuk sepanjang tahun), bersebelahan dengan Kafirstan dan Negeri Cina. Untuk menuju ke perkampungan yang letaknya 4:30 jam berjalan kaki mendaki bukit, kita akan sampai kesuatu perkampungan yang rumah-rumah mereka seperti dalam tanah dan bumbung mereka hanya bertanah liat, jika tidak tahu kita berangapan itu tanah rata....

Kekuatan anak-anak mereka yang berumur 8-10 tahun bersamaan dengan kekuatan lelaki yang berumur 13 - 40 tahun dan orang-orang tua mereka yang berumur 80-90 maseh kuat memikul 2 guni Gandum-gandum yang beratnya 50 kg seguni mendaki bukit-bukit tanpah henti.

Apa yang istimewanya di perkampungan ini, tepat jam 4:00 petang awan-awannya meyerupai seakan-akannya jatuh kebumi dan dalam masa 20 -30 minit kemudian kita akan berada diatas awan.selama 6 jam... Yang bahayanya dalam masa 20 - 30 mimit itu berbagai ancaman boleh berlaku, seperti diserang anjing - anjing liar atau jatuh kebawa kerana tiada pengelihatan yang jelas. Tapi selepas masa itu, akan terasa bagaikan berada disyurga, ditempat yang asing.... dengan pemandangan benar - benar seperti dalam kayangan.

Kelihatan tasek -tasek dikaki bukit / gunung yang menawan dengan dilatarkan dengan warna langit kebiruan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab