Monday, 15 August 2011

3 Gigi Usia 100,000 Tahun Ditemui

WARSAW – Sekumpulan saintis Poland kelmarin menyatakan mereka menemui tiga batang gigi manusia purba Neanderthal yang tinggal hidup 80,000 hingga 100,000 tahun lalu.
GAMBAR salah satu batang gigi manusia Neanderthal yang ditemui di sebuah gua di Poland.


Menurut seorang arkeologi dari Universiti Szczecin, Mikolaj Urbanowski, sebelum ini artifak manusia zaman itu telah ditemui di Poland tetapi gigi tersebut ditemui buat kali pertama di negara berkenaan.
Urbanowski berkata, gigi itu ditemui di Gua Stajnia bersama peralatan batu api dan tulang gajah gergasi serta badak yang hidup pada zaman Ais.
Dia berkata, beberapa penyelidik turut menemui tukul yang diperbuat daripada tanduk rusa dan tulang beruang gua yang menunjukkan haiwan tersebut dimakan oleh penduduk zaman itu.
“Beruang gua itu besar dan merupakan haiwan yang berbahaya dan ia sekali gus menyokong dakwaan bahawa manusia purba tersebut merupakan pemburu yang cekap,” katanya. – AP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab