Wednesday 10 August 2011

3 Pemain Harimau Ke Felda United


KETUA pasukan Harimau Muda B, D. Saarvindran (kanan) terlepas ke Selangor tetapi tetap berpeluang bermain dalam Piala Malaysia, bulan depan dengan Felda United.

KUALA LUMPUR - Tercicirnya D. Saarvindran daripada pasukan Selangor kerana kecederaan penjaga gol ketiga, membentangkan pula peluang buat Felda United memancing khidmat ketua pasukan Harimau Muda B itu. 


 Khidmatnya kini diintai jurulatih Felda United, E. Elavarasan menjelang kempen bola sepak Piala Malaysia ke-85 yang bermula 6 September selepas mereka diundi dengan Kelantan, Johor FC dan Sarawak dalam Kumpulan C, Jumaat lalu.Penolong pengurus pasukan Felda United, Faisal Zakariah berkata, Saarvindran merupakan muka baru yang cuba dipinjam kelab ini bagi Piala Malaysia musim ini selepas mereka berjaya mendapatkan K. Ravindran dan S. Sivanesan (Harimau Muda A). 


 "Dia sudah menjawab surat penyata minat mewakili Felda United dan kami akan cuba menyelesaikan sijil perpindahan negerinya (SPN) dalam waktu terdekat," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.Khidmat ketiga-tiga pemain tengah skuad bawah 22 dan 19 tahun negara itu amat ditagih 'Si Peneroka' apatah lagi selepas pengumuman persaraan Chow Chee Weng dan kecederaan ligamen depan Badrul Azam Zamri yang bermain di posisi sama. 


 Selangor sebelum ini cuba meminjam khidmat Saarvindran tetapi terpaksa membatalkannya bagi memberi laluan kepada penjaga gol USM, G. Jeevanathan yang menggantikan Fairul Azwan Shahrullai kerana kecederaan lutut dalam sesi latihan minggu lalu.Felda United kata Faisal, turut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan pra-musim Piala Malaysia yang bermula dengan menentang Selangor di Shah Alam, Sabtu ini; Kuala Lumpur (16 Ogos) dan T-Team di Bangi (20 Ogos). 


 Mengenai undian Kumpulan C, katanya: "Sudah tentu Kelantan (juara bertahan Piala Malaysia dan juara Liga Super 2011) menjadi pilihan utama tetapi kami tidak akan memberikan laluan mudah buat mereka mahupun Johor FC serta Sarawak."Bagi Piala Malaysia, kami memilih Stadium Petaling Jaya sebagai gelanggang sendiri kerana Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (turut digunakan Kuala Lumpur) menghadapi masalah rumput padang rosak.''

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab