Saturday 13 August 2011

400,000 Tin Dijual Untuk Duit Belanja Kahwin


Peter Geyer dan Andrea Parrish berjaya mengumpulkan hampir 400,000 tin, yang bernilai kira-kira USD3,800 (RM 12,000), untuk majlis perkahwinan mereka.

SPOKANE, Wash. — Pasangan daripada Spokane telah berjaya mengutip tin-tin aluminium yang secukupnya untuk membayar perbelanjaan bagi majlis perkahwinan mereka. Peter Geyer dan Andrea Parrish telah menganggarkan mereka perlu mengumpulkan hampir 400,000 tin, yang bernilai kira-kira USD3,800 (RM 12,000), untuk majlis perkahwinan mereka pada 31 Julai ini. Dengan bantuan 150,000 tin sumbangan daripada Alcoa dan 73,000 tin daripada United Recycling Services, mereka telah mencapai sasaran tersebut.

Pasangan itu meneruskan usaha mengumpul tin aluminium, dan kali ini untuk perbelanjaan berbulan madu mereka. Mereka juga merancang untuk menderma beberapa hasil kutipan mereka kepada Doctors Without Borders dan Rim Country Land Institute. 

Sumber : AP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab