Monday 1 August 2011

Astro Akan Mengadakan Maharaja Lawak Musim Kedua Oktober Ini?


KL, 29 JULAI 2011: Murai Batu yakin pasti ramai yang teruja bila dapat tahu program komedi paling popular di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak akan kembali untuk musim yang baru.
Mana taknya, selama program realiti ini berlangsung di televisyen ianya menjadi satu fenomena yang besar dalam industri seni hiburan tanah air.


Murai Batu bukan sengaja nak buat cerita, Murai Batu dengar perkara ini pun daripada mulut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani sendiri. Katanya Maraharaja Lawak musim baru ini mungkin akan bermula pada hujung bulan Oktober ini.


Mesti best kan? Tapi bukankah Maharaja Lawak baru sahaja berakhir . Jadi siapa pula yang mereka akan tampilkan untuk musim terbaru ini? Mungkinkah peserta Raja Lawak yang sama atau sebaliknya?


Tapi, apa yang pasti pengurus saluran tersebut hanya beritahu yang format Maharaja Lawak pada musim baru ini agak berbeza berbanding musim yang pertama. Wah, apa pula gimik dan perbezaannya kali ini ya?


Apa-apa pun kita nantikan sahajalah nanti pengumuman atau sidang media untuk Maharaja Lawak musim kedua nanti. Dengarnya pihak Astro Warna sendiri akan umumkan mengenai program tersebut tidak lama lagi.


Sumber : Murai.Com.My

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab