Monday 15 August 2011

Asyik Ditertawakan Rakan, Remaja Ini Menembak 16 Pelajar Dan Menembak Dirinya


WAJAH Kretschmer.

WAIBLINGEN, Jerman – Seorang remaja berumur 17 tahun, Tim Kretschmer yang menembak mati 16 orang di sebuah sekolah menengah di Winnenden sebelum menembak mati dirinya telah merancang rancangannya di laman perbualan di Internet, kata beberapa pegawai semalam.
Menteri Dalam Negeri Baden Wuerttemburg, Heribert Rech berkata, Kretschmer memberitahu dalam laman perbualan itu bahawa dia meluat dengan kehidupan dan merancang untuk menyerang sekolah lamanya.
Dalam laman itu, beliau berkata, ramai orang ketawa terhadapnya.
“Tidak ada seorang pun yang mengenali potensi saya. Saya memiliki senjata api dan akan menunjukkan apa yang saya boleh lakukan,” katanya dalam laman itu.
Dia menggunakan sepucuk pistol milik bapanya dan kembali ke sekolah lamanya sebelum menembak mati 16 orang termasuk tiga guru wanita kelmarin.
Lapan kanak-kanak yang terbunuh adalah juga wanita.
Guru-guru yang mati itu cuba untuk melindungi pelajar daripada peluru dan semua mangsa mati ditembak di kepala.
Selepas dia melepaskan tembakan, dia merampas sebuah kereta dan terperangkap dalam satu kejadian tembakan.
Amukan remaja itu berakhir selepas dia menembak dirinya sendiri, kata pihak berkuasa.
DETIK-DETIK Kretschmer membunuh diri dengan menggunakan pistol di Winnenden, Jerman kelmarin.


Pengetua sekolah itu berjaya mengurangkan bilangan nyawa yang terkorban selepas dia menghantar kod kecemasan bagi memberitahu guru supaya berhati-hati dengan kehadiran remaja tersebut.
Menurut seorang pelajar, mesej kecemasan yang menyatakan Frau Koma sudah datang itu meminta guru-guru bertindak jika Kretschmer datang.
“Selepas mendengar amaran itu, guru-guru menutup pintu dan meminta pelajar menutup tingkap dan duduk di atas lantai,” kata seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Kim S kepada stesen televisyen ZDF.
Canselor Jerman, Angela Merkel mengumumkan hari kejadian sebagai hari berkabung.
“Tidak dapat dibayangkan, hanya dalam tempoh beberapa saat, sejumlah pelajar dan guru terbunuh. Ia merupakan jenayah yang dahsyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab