Saturday 13 August 2011

Budak Lelaki Mempunyai 24 Jari Kaki & Tangan


Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang mempunyai 12 jari tangan dan 12 jari kaki akan membuat pembedahan untuk membuang jari tambahannya - kerana ia tidak menjejaskan fungsi tangan dan kakinya.

Ouyang Guangchun, dari kampung Songpo di selatan China wilayah Hunan, ialah satu-satunya dikalangan ahli keluarganya yang berkeadaan demikian atau dikenali sebagai polidaktilisme.

Ia bukannya luar biasa bagi kanak-kanak itu dilahirkan dengan jari tambahan, tetapi ia kelihatan agak luar biasa dan berfungsi seperti biasa.

Ibu Guangchun berkata: "Jika orang ramai tidak melihat tangan atau kakinya dengan teliti, mereka jarang sekali dapat melihat perbezaannya, kerana jari tambahannya itu sangat semula jadi seperti jari yang lain."

Tidak seperti biasa, tiga bulan sebelum kelahiran Guangchun, babi betina milik keluarganya juga melahirkan seekor anak babi berbentuk pelik, yang mempunyai lapan kaki, dua mulut dan empat telinga.

"Anak babi itu mati dua hari kemudian. Ia mungkin satu petanda yang buruk bagi kami, yang membawa kepada kelahiran anak lelaki saya dengan jari tangan dan jari kaki tambahan, " ibunya menambah.

Sumber : web.orange.co.uk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab