Wednesday, 3 August 2011

Farizal Sedia Rampas Jersi No. 1


FARIZAL (depan) kembali mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.


REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.
Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.
Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.
"Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.
"Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih," kata Farizal ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai lati- han skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang di- panggil menggantikan Nasril Nourdin.
Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.
"Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.
"Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automa- tik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama," jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shah- zan Muda dan Perlis.
Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan sele- pas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab