Friday 12 August 2011

Gadis 17 Tahun Terjun Bunuh Diri


 Gadis malang yang baru berusia 17 tahun

Pada hari Selasa 9 Ogos yang lalu, seorang pelajar siswazah di Universiti Sichuan sedang di dalam perjalanan kembali ke tempat kerja, dia membelok melalui kawasan pembinaan baru South Road, Chengdu, di mana laluan yang beliau tidak pernah lalui sebelum ini.

Ketika melalui jalan raya baru yang sedang dalam pembinaan dan di persimpangan Jalan Pei Hua Selatan, sekumpulan orang ramai sedang mendongakkan kepala melihat ke atas. Ketika ia turut memandang ke atas sebuah bangunan enam tingkat, kelihatan seorang gadis berpakaian T-shirt putih sedang berdiri. "Turunlah, jangan memikirkan perkara-perkara yang terlalu sukar ..." antara teriakan orang untuk memujuknya.

Gambar pertama yang diambil oleh siswazah itu sebelum gadis ini terjun membunuh diri.

Pelajar siswazah itu sempat merakamkan gambar gadis berkenaan dengan kamera telefon bimbitnya ketika gadis itu masih berdiri di atas bumbung. Beberapa minit kemudian, orang ramai tiba-tiba menjerit, apabila gadis itu melompat terjun.

"Kali pertama melihat satu kehidupan hilang di hadapan mata." Lalu dia mengambil foto kedua selepas kejadian itu. 

"Tidak tenteram." Petang itu akhirnya pelajar ini membuat keputusan untuk membuang gambar-gambar itu dari telefon beliau kerana merasakan sangat sedih. 

Gambar kedua selepas gadis malang ini terjun


Gadis itu tinggal di bangunan selatan di jalan baru Daerah No 90, menurut kata Cik Chen. Gadis itu berkongsi rumah dengan dua orang lelaki. Seorang wanita dan dua orang lelaki telah dibawa oleh pihak polis ke balai polis, bagaimanapun ahli keluarga gadis berkenaan tidak muncul.

Polis yang tiba di tempat tinggal gadis tersebut telah menemui termometer merkuri yang sudah pecah dan kad identiti. Dari maklumat yang diperolehi, gadis itu dilahirkan pada tahun 1994 dan baru berusia 17 tahun. Gadis malang itu turut meninggalkan sebuah diari. Penduduk yang sempat membaca beberapa muka surat diari tersebut seolah-olah menunjukkan gadis itu di dalam kesedihan:


"Semua orang tidak mahukan saya, saya tidak mahu menjadi gangguan", "Saya inginkan kebahagiaan pada kehidupan akan datang,". Ada juga catatan yang menunjukkan dia pernah mencuba bunuh diri dengan memotong nadi di pergelangan tangan dan melompat, tetapi "sangat takut dan tidak berjaya." Polis telah mengambil diari berkenaan dan andaian penyebab gadis itu membunuh diri mungkin kerana masalah perpecahan keluarga.

Berikut adalah gambar 18 SG di tempat kejadian :




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab