Thursday 11 August 2011

Gila, Amalan Seterika Payudara Kanak-Kanak Di Cameroon


Cameroon merupakan wilayah yang terletak di Afrika. Namun begitu, anda akan terkejut apabila melihat budaya mereka yang sangat pelik dan aneh. Mereka mengamalkan tradisi iaitu "breast ironing".

Apakah itu "breast ironing"? Breast ironing adalah tradisi dimana keluarga mereka cuba untuk menghancurkan (mungkin maksud asal penulis 'mengempiskan') payudara anak perempuan mereka. Hal ini demikian kerana ingin mencegah anak perempuan mereka daripada terlibat dalam hubungan seksual. Ini kerana, payudara adalah bahagian yang meningkatkan dan menarik nafsu lelaki untuk melakukan seks.

Sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai akil baligh dalam linkungan 9 tahun, payudara mereka akan diseterika dengan mengunakan batu arang. Sebelum itu, batu tersebut akan dibakar di atas unggun api sehingga panas.


Bayangkan betapa sakit dan terseksanya diseterika dengan batu yang panas. Mereka terpaksa meraung dan menangis kesakitan tapi tiada sesiapa pun dapat membantu. Ini kerana, mereka berpegang teguh pada tradisi.

Dipercayai, payudara kanak-kanak perempuan terbabit diseterika sebanyak dua kali sehari. Proses ini berlanjutan sehinggalah payudaya kanak-kanak tersebut menjadi tidak normal dan sangat teruk.

FAKTOR "BREAST IRONING" - supaya lelaki tidak terdorong untuk melakukan seks dan memandang anak perempuan mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab