Wednesday, 3 August 2011

Guna Air Untuk Angkat Kereta

Di sebuah tempat bernama Baden-Wurtemberg, German, anggota bomba di sana mengangkat sebuah kereta Volkswagen Polo menggunakan 6 unit pam air. Ujian itu dijalankan pada 6 Mei 2011 lepas. Agaknya, apa tujuan dorang ni buat kerja tu? Mungkin sebab kat sana tak banyak kebakaran kot. Jadi dorang pun buat la ujian yang pelik-pelik ni.. Emm, macam-macam hal kat dunia ni.

ke garisan...
sedia...

angkattt!!!


Dari segi saintifik, mungkin dorang nak kira berapa daya kekuatan air bila kereta terangkat. Standby untuk bencana kot, terutamanya bila banjir. Jadi dorang mungkin boleh reka kenderaan tahan arus pulak..Hehehe.

Apa pun,abang bomba tetap banyak berjasa kepada negara disaat-saat memerlukan. Jangn lupa berterima kasih kat dorang... :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab