Tuesday, 2 August 2011

Hebat, Terowong Yang Digali Oleh Banduan Untuk Meloloskan Diri


Hebat betul! Bayangkan, bukan senang nak gali terowong macam ni. Teringat aku dulu penah tengok satu cite Hollywood (tak ingat tajuk) yang berkisar tentang seorang banduan ni yang menggali terowong dengan hanya menggunakan pencungkil gigi pada setiap malam, bila banduan lain dah tidur. Setelah beberapa tahun menggali barulah dia dapat melarikan diri melalui terowong tu, tembus ke saluran pembentungan dan akhir sekali keluar di satu loji najis. 

Dan bila tengok gambar di bawah ni...terus teringat cite tu. Memang diorang ni hebat betul.


Fakta Ringkas terowong:
  • Terowong bawah tanah itu mempunyai panjang 320 meter (1,050 kaki) menghubungkan antara penjara dan bahagian luar
  • Sekumpulan pejuang yang berada di luar penjara menggali terowong bawah tanah itu sejak lima bulan lalu dan berjaya melintasi pusat pemeriksaan kerajaan dan beberapa jalan utama tanpa dikesan.  
  • Terowong itu akhirnya sampai di penjara malam semalam (25/4/2011) dan tahanan dibawa keluar oleh tiga penghuni lain yang sudah dimaklumkan mengenai rancangan itu lebih awal
  • Seorang daripada tahanan yang membantu pesalah lain melarikan diri dikatakan berjaya mendapatkan kunci pendua penjara itu lebih awal. Lebih 500 tahanan dibebaskan dengan 100 daripadanya anggota kanan pergerakan Taliban. 

Lagi gambar-gambar menarik:

 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab