Wednesday 3 August 2011

Indonesia Mahu Uji Harimau Malaya


INDONESIA mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaan mereka menghadapi perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September depan.
Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata, Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat.
"Indonesia juga merancang untuk mengadakan perla- wanan persahabatan dengan Australia," katanya melalui laman web rasmi PSSI.
Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.
Bob berkata, walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun mereka tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Aszuddin Ahmad ketika dihubungi pula berkata, pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab