Wednesday 10 August 2011

Juara Mentor Salma, Bagaikan Terpinggir


SALMA KINI BERGERAK SENDIRI
Juara program realiti, Mentor musim kelima, Salma mengaku tidak dipanggil untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman Monkey Bone seperti mana juara-juara program ini sebelumnya.
Salma atau nama sebenarnya,Salmah binti A. Asis, 21 tahun juga mengakui terpaksa membawa haluan sendiri dalam industri hiburan ini, biarpun mendapat tunjuk ajar dari mentornya, Erra Fazira.
Tidak terkilan dipinggirkan, Salma memandang perkara itu dari sudut positif dan menganggap tiada rezeki untuk dia bekerjasama dengan syarikat Monkey Bone.
"Banyak perubahan yang saya lalui selepas bergelar artis, kalau dulu saya tidak boleh bantu keluarga, kini perkara itu boleh saya lakukan biarpun sedikit.
"Tak dinafikan banyak juga yang susah, tapi saya gembira dengan keadaan ini. Hubungan saya dengan Kak Erra masih sama seperti dahulu, jika ada masalah atau apa-apa berkaiatan bidang ini, saya terlebih dahulu bertanya kepadanya.
"Sekarang ini saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, walaupun musim sebelum ini, juara-juara Mentor akan terikat dengan syarikat rakaman Monkey Bone, tetapi nampaknya itu bukan rezeki saya.
"Habis saja Mentor, saya tidak mendapat sebarang tawaran daripada mereka, jadi saya terus menguruskan kerjaya sendiri, semua jadual dan panggilan untuk persembahan diuruskan oleh diri saya sendiri. Alhamdulillah, selepas Mentor hingga hari ini, saya dah dapat lima tawaran persembahan,"ujar Salma yang mahu berfikiran positif dalam memikirkan permasalahan ini.
Seratus ribu ringgit
Bercerita tentang wang kemenangan yang diperolehinya sejumlah RM100 000 itu, luah Salma dia mahu membuat rumah terbuka pada hari raya ini untuk meraikan peminat-peminatnya.
"Saya rancang nak buat rumah terbuka, di kampung saya di Sabah dan juga di Kuala Lumpur. Tahun ini juga saya mahu beri wang ampau untuk kanak-kanak, kerana sebelum ini hanya emak yang memberinya.
"Saya juga memperuntukkan sedikit daripada wang itu untuk membaiki rumah ibu dikampung,"jelas Salma lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab