Friday 12 August 2011

Kemalangan Berlaku Kerana Wanita Ini Mencukur Bulu Kemaluannya Semasa Memandu

MEGAN MARIAH BARNES

FLORIDA, 8 Mac,-- Pelanggaran dua buah kereta di Florida, Amerika berlaku kerana pemandunya cuba untuk mencukur bulu kemaluannya ketika sedang memandu.

Menurut laporan, Trooper Gary Dunick berkata dua kenderaan telah terbabit dalam kemalangan disebabkan wanita itu cuba untuk mencukur kawasan sulitnya, manakala bekas suaminya memegang stereng kenderaan.

Lalu keretanya merempuh belakang sebuah trak.

'Beliau berkata dia baru berjumpa teman lelakinya di Key West dan mahu bersedia untuk kedatangannya,' Dunick memberitahu Key West Citizen. 'Jika saya tidak berada di sana, saya tidak akan mempercayainya. Kira-kira 10 tahun lalu saya telah menahan seorang lelaki di tempat yang sama ... mempunyai tiga atau empat picagari melekat di lengannya. Ia menakjubkan dan saya berfikir, "Tiada akan ada yang lebih dahsyat daripada ini."

Tetapi saya silap...ini lebih dahsyat lagi.'

Dua penumpang wanita dalam trak hanya mengalami kecederaan kecil.

Wanita yang dikenali sebagai Megan Mariah Barnes, lesen memandunya telah dibatalkan selama lima tahun sehari sebelum nahas kerana disabitkan memandu di bawah pengaruh.

Dia sekarang menghadapi dakwaan kerana memandu dengan tanpa lesen, memandu dengan merbahaya, memandu tanpa insurans dan melarikan diri dari tempat kejadian yang menyebabkan kecederaan - kerana dia terus memandu sejauh setengah batu lagi selepas perlanggaran itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab