Thursday 11 August 2011

Kolam Air Panas Yang Cantik, Tapi Menyeramkan !



Kolam air panas Morning Glory yangterletak di Upper Geyser Basin di Yellowstone National Park, Amerika Syarikat ini merupakan salah satu kolam air panas yang tercantik di dunia.

Kolam ini dinamakan oleh Mrs. E. N. McGowan, isteri kepada Penolong Ketua Taman tersebut, Charles McGowan pada tahun 1883. Beliau memanggilnya "Convolutus", nama Latin bagi bunga morning glory yang menyerupai mata air. Pada tahun 1889, Kolam Air Panas Morning Glory (Morning Glory Pool) telah digunapakai oleh masyarakat umum di taman tersebut. Kebanyakkan buku panduan menamakan ia sebagai Morning Glory Spring.

Pelbagai warna terdapat di kolam tersebut disebabkan oleh bakteria yang menghuni dalam air. Kadang kala, kolam ini juga meletus sebagai mata air panas (geyser), berikutan gempa bumi atau lain-lain aktiviti seismik yang berlaku berdekatannya.










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab