Thursday 11 August 2011

Lelaki Mahu Menyaman Syarikat AXE Kerana Kegagalannya Memikat Wanita


New Delhi, Seorang lelaki India berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan 'penderitaan mental'.


Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis, meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi, lelaki India tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan mahupun yang belum dipakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gelsdengan jenama AXE.

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. "Lalu dimana Axe Effect-nya? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu ajak saya berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya".

"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV".

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak pertama kali dia membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalumenggunakan pembaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian. Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan kanak-kanak.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mentaldan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.

Vaibhav Bedi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab