Friday 12 August 2011

Lelaki Sanggup Terjun Jambatan Untuk Kejar Kereta Api



Pernahkah anda melihat seorang lelaki yang begitu terdesak untuk menaiki bas atau LRT sehingga sanggup melompat dari jambatan?. Lelaki berusia 40 tahun dari China ini telah melakukannya apabila dia terlepas kereta api jam 8:00 pagi di stesen keretapi Qingdao pada hari Selasa lalu (2 Ogos).

Seseorang saksi berkata beliau terkejut apabila melihat seorang lelaki yang tergantung di tepi jambatan di tingkat dua.

Walaupun lelaki itu menjerit meminta pertolongan, namun ia sudah terlambat.

Dia akhirnya melepaskan cengkamannya dan terjatuh di atas kereta api yang sedang hendak bergerak meninggalkan stesen. Lelaki yang hanya dikenali hanya dengan nama keluarga Ge, hendak menaiki kereta api jam 8.00 pagi menuju ke Linxi Shandong, tetapi dia terlewat.

Dia yang jatuh di atas kereta api yang sedang hendak bergerak itu kelihatan terbaring tidak bergerak-gerak untuk sementara waktu. Nasib baik, dia kembali sedar beberapa minit kemudian, dan tidak mengalami kecederaan.

Lebih menarik lagi? Kereta api yang ia kejar itu bukanlah kereta api yang sepatutnya kerana kereta api yang dikejarnya sudah pun meninggalkan stesen!.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab