Friday 12 August 2011

Lelaki Tertembak Kemaluan Sendiri Dengan Pistol Tunang



Seorang lelaki Amerika Syarikat bakal menghadapi dakwaan berkaitan senjata api selepas dia secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri di kemaluannya - dengan pistol merah jambu milik tunangnya.

Joshua Seto, 27, membeli-belah bersama tunangnya Cara Christopher, 26, di Chandler, Arizona, ketika dia menyelitkan pistol itu pada ikatan tali pinggang hadapan seluarnya.

Polis berkata dia secara tidak sengaja telah melepaskan tembakan ketika itu dan peluru tersebut mengenai alat kelakiannya dan menembusi paha kirinya.

Tunangnya kemudian menghubungi 911 dan telah dibantu cara mengendalikan luka tersebut serta telah diberi panduan supaya ia menekan secara terus luka tersebut bagi memperlahankan pendarahan.

"Saya sedang melihat. Ia cukup buruk," katanya kepada operator 911. "Beliau masih sedar, terdapat banyak darah."

Seto telah dikejarkan ke hospital tetapi kemudian dibenarkan keluar selepas rawatan, menurut laporan Republik Arizona.

"Kita tidak tahu jika dia mengalami apa-apa kerosakan yang kekal," kata Sarjan J Favazzo dari Jabatan Polis Chandler.

"Kes itu masih di dalam siasatan dan kita masih dalam proses untuk menentukan sama ada untuk mendakwanya."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab