Friday 12 August 2011

Mamat Sepah Dan Fida Semakin Serius Bercinta



FIDA DAN MAMAT KINI SEDANG HANGAT BERCINTA
Gosip antara juara Pencarian Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim (Fida) dengan salah seorang anggota Sepah, Mohd Noor Murad (Mamat) semakin menjadi-jadi, malah ada juga yang bercerita  Mamat sudah pun merancang untuk bertunang.
Mula bertemu ketika mereka sama-sama terlibat dalam promosi filem Man Sewel Datang KL, Fida menjelaskan dia sememangnya senang berkawan dengan lelaki yang gila-gila itu.
Mengakui serius dalam hubungan yang terjalin antara dia dan Mamat, Fida bagaimanapun menafikan mereka berdua akan bertunang dalam jangka masa terdekat ini.
"Bertunang itu sebenarnya harapan dia, kami sudah berbincang dan sepakat mahu mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu dalam tempoh yang lebih lama sedikit.
"Saya suka sikap dia, dan saya tak nafikan saya terpikat dengan ciri-ciri kemelayuan yang ada dalam diri dia. Kali pertama saya melihat dia menandatangani kertas untuk peminat dalam bahasa Jawi, saya rasa kagum, jarang sekali orang melayu buat begitu di masa kini, itu yang buatkan saya suka pada dia.
"Bila dia kata ingin mengenali saya dengan lebih dekat dan rapat, saya tidak ada masalah. Saya akui hubungan kami serius, namun kami bukanlah selalu sangat berjumpa sebab masih-masih sibuk dengan kerjaya sendiri, jadi segala hal jodoh ini saya serahkan kepada Allah Taala,"jelas Fida.
Raya
Semakin menghampiri bulan Syawal, Fida masih belum berkesempatan membuat persiapan untuk sambutan hari raya ini.
"Nanti bila sudah betul-betul dekat dengan raya, barulah saya buat persiapan. Sekarang ini, saya sibuk memenuhi jemputan berbuka puasa dengan anak-anak yatim.
"Saya akan beraya di Kuala Lumpur, jadi persiapan untuk raya boleh dibuat lambat-lambat sedikit,"ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab