Tuesday, 2 August 2011

Mark Zuckerberg Akhirnya Umum Statusnya Secara Rasmi

Sebagai pengasas Facebook, anda sepatutnya tahu bagaimana untuk mengemas kini status hubungan anda.

Namun selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan dengan Priscilla Chan, Mark Zuckerberg akhirnya mengumumkan status perhubungan mereka.

Jejaka berusia 26 tahun telah mengemas kini statusnya kepada 'in relationship' untuk mengumukann dirinya sudah berpunya.


Kini rasmi: Pengasas Facebook ini mengesahkan statusnya di halaman Facebook-nya sendiri apa yang semua orang sudah tahu. Beliau berkata status update ini sudah 'lama tertangguh'.

Pricilla Chan dengan bangga memaparkan bahawa dia 'in relationship' dengan Mark Zuckerberg di halaman Facebook-nya.



Ramai pemerhati mula perasan perubahan tersebut setelah 'lama tertunda' tetapi tidak menjelaskan mengapa dia menunggu begitu lama.

Namun juga pemerhati telah perasan pasangan itu menukar status mereka daripada 'in relationship' kepada status 'engaged'.

Zuckerberg dan Chan mula mengenali antara satu sama lain ketika mereka berdua belajar di Universiti Harvard.

Berikutan update terbaru itu, laman facebook Chan mendedahkan bahawa hubungan mereka bermula pada tarikh 7 November 2003, hanya beberapa hari selepas peristiwa Facemash yang terkenal oleh Zuckerberg di Harvard.

Dia hampir dibuang daripada universiti selepas menceroboh laman web beberapa kolej pengajian tinggi dan mengambil gambar semua pelajar perempuanmereka, meletakkan gambar mereka bersebelahan antara satu sama lain lain dan meminta pelajar lain 'menilai' daya tarikan mereka.

Kejayaan laman web itu selama beberapa hari di internet adalah inspirasi awalnya untuk membina Facebook.



'LIKE': Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan pertama kali bertemu di Harvard, pada tahun 2003 dan mula menjalinkan hubungan beberapa hari selepas ia hampir dibuang daripada universiti kerana gurauan Facemash miliknya.


Ada sedikit maklumat telah muncul berkaitan kehidupan peribadi pasangan ini yang tinggal bersama-sama di rumah mereka di Palo Alto, California.

Adakah Zuckerberg akan melamar Chan, seorang wanita kelahiran Cina-Amerika yang berasal dari pinggir bandar Boston, salah satu isu yang terus menjadi persoalan peminat mereka.

Kekayaan Zuckerberg yang bernilai $ 13.5billion, menjadikannnya 52 orang terkaya di dunia, menurut majalah Forbes - dia adalah jutawan termuda kedua di dunia, di belakang rakan-pengasas dan jutawan Dustin Moskovitz.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab