Tuesday 2 August 2011

Mayat Bawah Sofa 10 Tahun


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/23/13264037_11n.jpg
Alan Derick
Satu mayat lelaki yang mereput telah diletakkan di bawah sebuah sofa dalam sebuah rumah pangsa untuk hampir sedekad lamanya tanpa disedari, menurut laporan media Jumaat.

Si mati, Denis Pring yang berumur 73 tahun, telah 'tinggal' bersama penyewa daridapa Dewan Bandar Raya, Alan Derrick di sebuah rumah pangsa di Bristol, UK.

Derrick telah menjemput Pring tinggal bersama kerana beliau tidak mempunyai tempat tinggal.

Pada 1998, Derrick mendapati penyewanya mati di atas sofanya dan daripada membuat laporan, dia memutuskan untuk menutupi jasad mayat itu dengan kusyen dan dua buah kerusi sandar.

Takut yang dia diusir kerana Pring ialah seorang penginap haram, Derrick bertindak menyimpan jasad itu di rumah pangsanya selama sepuluh tahun.

Jiran-jiran berulang kali mengadukan kepada pihak berkuasa tentang gangguan bau busuk daripada rumah pangsa. Warden juga telah membuat sekurang-kurangnya dua lawatan terhadap premis itu,bagaimanapun tidak menemui jasad itu kerana rumah pangsa itu sangat kotor.

Bila jasad itu ditemui pada 2008, pegawai-pegawai sangat terkejut dengan keadaan rumah itu yang tidak mempunyai air, bekalan elektrik atau gas dan sampah sarap yang setinggi separas lutut. Tab mandi pula telah dipenuhi najis manusia.

Derrick pada mulanya ditahan oleh polis kerana disyaki dengan pembunuhan tetapi kemudian dibebaskan apabila ujian forensik mendedahkan tiada bukti perbuatan khianat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab