Saturday, 13 August 2011

Misteri, Cahaya Aneh Di Langit Norway


Satu cahaya berwarna biru-hijauan yang dikesan di Norway telah tercetus satu misteri, dengan ada andaian yang mengatakan ia mungkin daripada ujian peluru berpandu.

Norway Metrological Institute telah menerima ratusan panggilan telefon daripada pemerhati-pemerhati yang keliru tetapi setakat ini masih belum dapat dikenal pasti.

Beberapa pakar telah meramalkan bahawa fenomena ini terjadi mungkin disebabkan oleh pelancaran roket Rusia. Bagaimanapun, kedutaan Rusia menegaskan itu adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali .

Meteorologis, ahli-ahli astronomi, atau Angkatan Bersenjata itu belum dapat merungkaikan perkara itu.

Cahaya itu telah ditangkap oleh seorang jurugambar amatur, Jan Petter Jorgensen ketika ia dalam perjalanan ke kilang ikan salmon.

"Cahaya itu muncul selama 2-3 minit. Saya tidak dapat mempercayai mata saya,saya menjadi menggigil kerana terlalu terkejut", En Jorgensen berkata.

Morten Kristiansen, yang melihat fenomena cahaya itu daripada Sortland, Norway utara, menambah: " Gegelang besar muncul dan kemudian kembang, lalu satu serpihan pancaran berwarna hijau jatuh kebumi, "katanya.

Sumber : www.telegraph.co.uk 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab