Monday, 15 August 2011

Nelayan Indonesia Temui Benda Ganjil Di Permukaan Laut



GAMBAR menunjukkan benda ganjil berwarna hitam ditemui oleh nelayan di perairan selatan Pulau Gili Raja, Indonesia baru-baru ini.

JAKARTA – Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui satu benda ganjil berwarna hitam diperbuat daripada getah di perairan selatan Pulau Gili Raja, Sumenep, lapor sebuah akhbar semalam.
Benda ganjil itu yang tidak pernah dilihat di perairan tersebut menjadi tumpuan penduduk setempat untuk melihatnya.
Dua buah perahu digunakan untuk menarik benda ganjil itu selama enam jam ke pantai.
Salah seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Hasyim berkata, pada awalnya dia menganggap terdapat sebuah kapal besar sedang tenggelam.
“Ternyata, sebuah benda hitam dari getah dan dikelilingi bekas tayar dan diikat besi antikarat,” katanya kepada wartawan Detiksurabaya.
Para nelayan yang menemui barang tersebut akan menjaganya dengan baik.
“Saya berharap benda hitam itu akan diambil oleh pemiliknya,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab