Sunday 14 August 2011

Nicol Mara Ke Final Untuk Menjulang Juara Australia


NICOL (depan) menepati ramalan apabila melangkah ke final Terbuka Australia semalam.


CANBERRA – Pemain No.1 dunia, Datuk Nicol Ann David mara ke final Kejohanan Skuasy Terbuka Australia selepas menumpaskan bekas juara, Rachael Grinham 11-7, 13-11, 11-7 pada perlawanan separuh akhir semalam.
Dia hanya mengambil masa 34 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah itu.
Nicol yang merupakan pilihan pertama kejohanan akan berdepan Jenny Duncalf dari England yang mengejutkan juara bertahan, Madeline Perry dari Ireland 11-8, 11-9, 2-11, 11-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.
Grinham yang masih belum dapat menewaskan Nicol sejak 2007 berkata, dia berusaha memberikan yang terbaik, terutamanya pada set kedua perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, Nicol berjaya mematahkan serangan Gringham dengan permainan menarik bagi memasti- kan kelebihan 2-0.
“Saya tahu jika saya biarkan dia menguasai permainan, dia akan terus mengasak. Jadi set kedua itu memang mata yang penting buat saya. Saya gembira dapat mara ke final,” kata Nicol.
Gringham juga mengakui kegagalannya memenangi set kedua memberi kelebihan kepada Nicol.
“Memang sukar untuk bangkit semula selepas ketinggalan 2-0 apabila berdepan dengan Nicol,” kata bekas pemain No. 1 dunia itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab